Anak Derhaka

 

Video ini memaparkan kisah seorang ibu tua yang dimarah dan diherdik di khalayak ramai oleh anak kandungnya sendiri. Peristiwa ini berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah bengkel kereta yang menuruni bukit. Akibat takut dengan perjalanan tersebut, ibu tua itu telah dihalau keluar dari kereta dan telah diherdik oleh anak kandungnya.

Surah: Al-Israa’ – Ayat: 23

 

Maksudnya :

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam memeliharamu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”

Surah: Al-Israa’ – Ayat: 23

Membalas Jasa Ibu Bapa

Kita sebagai anak seharusnya menghargai setiap pengorbanan ibu bapa kerana mereka telah berpenat lelah untuk mencari rezeki dan menyediakan keperluan-keperluan kita. Kita boleh menghargai anggota keluarga kita dengan:


1. Menyatakan kasih sayang dan penghargaan terhadap anggota keluarga dengan mengucapkan terima kasih setiap kali menerima pemberian daripada ibu bapa.

2. Menghasilkan kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga.

3. Menunjukkan kasih sayang dan menghargai anggota keluarga dengan meraikan hari-hari penting dalam hidup mereka seperti hari lahir, hari ibu ataupun hari bapa.

4. Sentiasa membantu anggota keluarga.