b) Pengenalan Keluarga Bahagia

1.   Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

2.   Perkataan keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga (kulawarga) yang bererti “anggota”, “kelompok kerabat”.

3.   Kita seharusnya mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga. Ia penting kerana:

i) dapat mewujudkan iklim keluarga yang harmoni.
ii) disayangi oleh semua ahli keluarga.
iii) mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga.
iv) mewujudkan budaya hormat-menghormati di dalam keluarga.

4.   Kita boleh mengamalkan tingkah laku sopan melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku. Antaranya ialah:

i) menggunakan kata-kata yang sopan ketika berinteraksi dengan anggota keluarga.
ii) tidak menyampuk atau mencelah ketika anggota keluarga yang lain sedang berbual.
iii) tidak menggunakan kekerasan dengan anggota keluarga  yang lebih muda.
iv) menggunakan nada suara yang lembut dengan ibu bapa atau anggota keluarga yang lebih tua.
v) ketika berjalan melintasi ibu bapa hendaklah menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit sebagai tanda hormat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s